fbpx
WAN ZIKRI

Exco Sukan Perlis mohon maaf isu syarikat judi pada jersi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Isu jersi tertera jenama platform perjudian dalam talian dianggap selesai selepas mendapat penjelasan dan permohonan maaf daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, beliau memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada semua umat Islam atas kekhilafan yang telah berlaku dan saya bertaubat kepada Allah Taala atas perkara ini.

“Merujuk dakwaan yang tular, kehadiran saya dalam program sukan tersebut adalah atas jemputan bagi menyantuni pasukan serta menyokong aktiviti sihat dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia,” katanya.

Menurut beliau, penyertaan dalam perlawanan bola sepak itu tidak bertujuan untuk mempromosikan mana-mana jenama termasuk yang berkaitan dengan perjudian.

Katanya, hasil semakan bersama pihak pengurusan pasukan mendapati jersi yang dipakai merupakan jersi siap sedia yang dibeli secara borong di pasaran terbuka di sempadan negeri.

“Jersi jenis siap sedia ini dipilih berdasarkan corak sedia ada dan pihak pasukan hanya melakukan cetakan nombor pada jersi tersebut.

“Saya berpegang teguh kepada prinsip agama dan menolak sebarang bentuk penglibatan dengan aktiviti perjudian,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN