fbpx
Pesawah membaiki batas sawah di Kampung Tanjung, Kuala Nerang. - Gambar hiasan

PeSawah hargai kenaikan insentif, tetap mohon perluasan subsidi diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah) menghargai usaha kerajaan yang menaikkan kadar Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) daripada RM160 kepada RM300.

Namun begitu, Pengerusi PeSawah, Abdul Rashid Yob berkata, kenaikan tersebut masih belum mencukupi bagi menampung kos penanaman padi kerana kos pembajakan adalah lebih tinggi.

Katanya, keadaan itu berlaku susulan krisis tenaga global yang menyebabkan kenaikan harga diesel secara mendadak.
“Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perluasan pemberian subsidi Budi Diesel kepada jentera penanaman padi, bukan sekadar petani yang mengusahakan tanaman lain sahaja.Di negara ini kita lebih banyak makan nasi, jadi kerajaan sepatutnya memberi lebih fokus kepada pesawah bagi memastikan bekalan beras terus terjamin,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, kos penanaman padi juga dijangka terus meningkat seiring krisis kenaikan harga diesel yang masih belum selesai.

Sementara itu, seorang pesawah dari Langkawi, Hassim Saad yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Langkawi turut berharap kerajaan dapat memberikan subsidi diesel kepada pesawah atau menaikkan harga belian padi daripada RM1,500 kepada RM3,000 setiap tan.

“Kerajaan juga boleh memansuhkan subsidi baja dan racun serta menggantikannya dengan kenaikan harga padi bagi memastikan pesawah mendapat keuntungan sewajarnya selepas bersusah payah mengusahakan penanaman padi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN