PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa berkongsi khabar duka mengenainya bapanya, Allahyarham Shamsudin meninggal dunia hari ini.
Tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca kematian, Fatin, 32, berkata dia sempat menemani arwah bapanya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
“Hari ini, saya mengucapkan selamat tinggal kepada Baba saya.
“Dia telah meninggal dunia pada pukul 3:48 pagi.
“Saya dan adik saya berada di sisinya pada ketika itu,” katanya dalam satu hantaran Threads.
Berduka, dia memberitahu masih cuba belajar untuk menerima realiti pemegiaan bapanya ketika ini.
Dia juga turut mengakui akan merindui keberadaan dan setiap kasih sayang yang dicurahkan arwah bapanya.
“Saya belum dapat hadam semua ini lagi dan tidak tahu apa lagi yang mahu dikatakan.
“Terima kasih sebab menyayangi saya seumur hidup. Saya akan rindu ayah sepanjang hayat, al-Fatihah,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE














