fbpx
Anwar (tengah) beramah mesra bersama pengunjung pada Program Madani Rakyat (PMR) negeri Perak di Ipoh hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

Krisis Asia Barat: Kerajaan tumpu bantu peniaga terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan sedang meneliti mekanisme bagi membantu golongan peniaga yang terjejas ekoran krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kaedah yang dipertimbangkan kerajaan ketika ialah penangguhan e-invois, selain kelonggaran daripada segi tarif dan cukai kepada golongan tersebut.

“Kita sedang teliti semua implikasi dia (konflik Asia Barat), yang penting sekarang ini ialah kita nak pastikan barang keperluan itu ada seperti minyak, minyak masak, tepung, garam, gula, sayur, ikan, daging serta ayam.

“Itu yang penting dulu. Kemudian kawal setakat mana yang boleh kawal iaitu harga. Itu saya ingat keutamaan (ketika ini),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau berucap merasmikan Program Madani Rakyat 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada kerajaan akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat negara ini yang terjejas dengan konflik Asia Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN