fbpx
Mustafa menerima kunjungan penduduk ketika berada di Pejabat Penggawa Daerah Semerak, Pasir Puteh baru-baru ini. – TOREK SULONG

Mustafa penggawa pertama miliki PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Jawatan penggawa yang sering dianggap sebagai ‘penyambung suara kerajaan’ di peringkat kampung tidak menjadi halangan buat seorang ketua penduduk di sini menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Walaupun pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, semangat Mustafa Ahmad, 57, yang merupakan Penggawa Daerah Semerak untuk menimba ilmu hingga ke menara gading tidak pernah padam.

Kegagalan dalam bidang akademik ketika remaja menjadi titik tolak untuk beliau bangkit membuktikan kemampuan diri.

“Pendidikan merupakan senjata paling ampuh untuk mengubah nasib diri dan masyarakat. Walaupun bergelar penggawa, pendidikan menjadi asas penting dalam memimpin masyarakat,” katanya ketika ditemui di di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Mustafa yang memperoleh PhD dalam bidang Sejarah Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, tugas penggawa bukan sekadar menghadiri mesyuarat atau menyampaikan maklumat, sebaliknya menjadi rujukan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk pembangunan komuniti.

Beliau juga mahu menjadi contoh kepada generasi muda kampung bahawa latar belakang bukan penentu kejayaan. Ilmu yang diperoleh dimanfaatkan untuk membantu menyelesaikan isu-isu setempat termasuk pendidikan.

“Saya percaya gabungan pengalaman hidup dan kelayakan akademik dapat membantu saya berkhidmat dengan lebih berkesan. Sebagai penggawa, saya perlu sentiasa dekat de­ngan masyarakat dan melihat realiti kehidupan penduduk terutama nya berkaitan kemiskinan, anak yatim dan keluarga orang kurang upaya,” katanya.

Untuk rekod, Mustafa merupakan pemegang Sarjana Muda Sains Sosial (Sejarah dan Sains Politik) UKM dari 2000 hingga 2003 sebelum melanjutkan pengajian dalam Sarjana Falsafah (Sains Politik) universiti sama pada 2003 hingga 2009. Lelaki itu menamatkan PhD pada 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN