fbpx
NURUL Nurhanis mengehadkan tempahan menjahit baju raya pada tahun ini bagi memberi fokus kepada anak istimewanya.

‘Tempahan Aidilfitri dapat tampung belanja bulan-bulan lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Hampir dua dekad bergelar tukang jahit sudah cukup memberi banyak pengalaman buat Nurul Nurhalis Haris, 38, dalam menyediakan tempahan buat pelanggannya.

Bagaimanapun, tanggungjawab sebagai ibu kepada anak istimewa mendorongnya untuk mengehadkan tempahan pakaian raya tahun ini.

Menurut Nurul Nurhanis yang beroperasi di Ukay Perdana, Ampang, dia lazimnya menerima sekitar 100 pasang tempahan menjelang Aidilfitri, malah jumlah itu pernah mencecah sehingga 130 pasang.

“Untuk tahun 2026, saya hadkan kepada 50 pasang sahaja sebab anak istimewa saya sudah mula bersekolah. Saya risau tidak cukup masa untuk siapkan tempahan.

“Walaupun sudah hadkan, tempahan yang diterima setakat ini tetap menghampiri 80 pasang.  Saya akui, tempahan pada Aidilfitri dapat menampung perbelanjaan pada bulan-bulan yang lain,” katanya kepada Kosmo!

Nurul Nurhanis mengenakan upah RM55 bagi baju kurung biasa, RM100 untuk baju Melayu, manakala rekaan berfesyen bermula RM80 ke atas bergantung kepada permintaan pelanggan.

Kebiasannya juga, Nurhanis akan menghentikan perkhidmatan ubah suai (alteration) sepanjang Ramadan bagi memberi fokus kepada tempahan raya.

“Saya dapat banyak permintaan untuk ubah suai baju, tetapi terpaksa tolak sebab mahu selesaikan tempahan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, walaupun harga tempahan lebih tinggi berban­ding pakaian siap dibeli (readymade), ramai pelanggan tetap memilih untuk buat tempahan kerana faktor keselesaan dan potongan yang lebih kemas.

“Pelanggan saya biasanya suka tempah sebab lebih ‘fit’ dengan badan. Mereka juga boleh minta macam-macam rekaan,” katanya.

Tambahnya, ada juga pelanggan yang dapat buat tempahan selepas berdepan kekecewaan dengan pakaian siap dibeli.

“Ada yang beritahu, baju ready­made yang dibeli mahal, tetapi tidak sesuai dengan badan dan jahitan pula tidak kemas,” katanya.

Dari segi kualiti, beliau amat menitikberatkan kekemasan jahitan termasuk menyediakan lebihan kain pada bahagian basi untuk memudahkan pembesaran pakaian pada masa depan.

Tambahnya, pelanggan yang menempah pakaian di kedainya tidak dikenakan sebarang caj untuk kerja ubah suai walaupun selepas setahun.

“Saya tak kenakan caj untuk alteration kalau baju itu dijahit di sini. Walaupun sudah setahun, tetap percuma,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN