fbpx
Zambry ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Masjid UPNM Sultan Ibrahim, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Konflik Asia Barat: KPT teliti situasi, keputusan bergantung KLN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pandangan Kementerian Luar Negeri (KLN) perlu dipertimbang sebelum sebarang keputusan dibuat, susulan konflik di Asia Barat, ketika ini termasuk kemungkinan membawa pulang pelajar Malaysia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, segala urusan berkaitan krisis di luar negara akan dikendalikan dan diselaraskan terlebih dahulu oleh kementerian bertanggungjawab sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

“Apa pun kita akan mendapat clue (petunjuk) daripada Kementerian Luar kita kerana urusan berkaitan dengan krisis-krisis luar negara pertama akan dilakukan oleh pihak Kementerian Luar dulu,” katanya ketika menghadiri majlis perasmian Masjid UPNM Sultan Ibrahim, malam ini.

Perasmian masjid berkenaan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Mengulas jumlah pelajar di Iran, beliau berkata, setakat semalam terdapat enam pelajar Malaysia di negara berkenaan berbanding 13 orang pada tahun lalu.

“Kebanyakannya merupakan pelajar persendirian yang belajar di sana,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, seramai 1,936 pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di enam negara Asia Barat dikenal pasti berada dalam keadaan selamat meskipun terkesan dengan ketegangan konflik yang memuncak di rantau tersebut.

Zambry dilapor berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, enam pelajar Malaysia berada di Iran, Qatar (tiga), Kuwait (sembilan), Emiriah Arab Bersatu (21),Arab Saudi (135) dan Jordan (1,762).

Menurutnya, tiada sebarang permintaan rasmi daripada pelajar-pelajar yang berdaftar dengan pejabat Pendidikan Malaysia (EM) untuk pulang ke tanah air semasa konflik berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN