fbpx
Orang ramai yang sentiasa menunjukkan urusan peribadi di media sosial menjadi sasaran scammer. Gambar Janaan AI

Scammer ‘teruja’ kutip maklumat di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian urusan peribadi di media sosial yang kelihatan ‘biasa-biasa’ rupanya boleh membuka ruang kepada pendedahan maklumat peribadi tanpa sedar sekali gus memberi peluang kepada scammer untuk menjalankan kegiatan mereka.

Ketua Cybersecurity, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohamad Noordin, berkata semakin ramai menjadi mangsa scammer kerana tidak dinafikan banyak maklumat peribadi yang sudah dikongsikan secara umum di media sosial tanpa sedar.

Dr. Mohamad

“Ramai tidak sedar sebenar­nya banyak maklumat peribadi termasuk nama penuh dan tempat tinggal yang sudah dikongsikan di media sosial.

“Seperti akaun Google atau Play Store yang diakses bersama akaun bank untuk membayar langganan permainan dan sebagainya,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! Ahad

Mohamad Nordin berkata, kebimbangan terhadap fail Android Package (APK) yang dimuat turun secara automatik ke dalam telefon mangsa selepas menekan pautan, khususnya ketika penggunaan imbasan kod QR juga dilihat semakin meningkat.

“Sebarang pautan link tanpa kepastian terutama daripada nombor peribadi yang menya­mar perlu dielakkan terutama kebarangkalian fail APK yang dimuat turun secara langsung.

“Sekiranya fail dimuat turun, fail terbabit boleh membaca dan mengambil maklumat peribadi termasuk informasi akaun bank yang di akses di Google dan sebagainya,” ujarnya.

Sebelum ini akhbar ini mendedahkan taktik scam­mer kini semakin licik apabila me­reka menyasarkan pengguna skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) sebelum memperdaya mangsa sehingga mengalami kerugian belasan ribu ringgit.

Sindiket terbabit dikesan meng­­hubungi mangsa melalui panggilan telefon atau WhatsApp sebelum menyamar sebagai pegawai syarikat e-dagang.

Mereka mendakwa mangsa ko­­­nonnya terpilih menerima bau­­car eksklusif atau hadiah lu­mayan susulan pembelian ber­nilai tinggi yang dibuat di platform e-dagang

Tambah Dr. Mohamad, ramai scammer mengambil peluang untuk membeli data daripada pasaran gelap yang menjual maklumat peribadi pengguna.

“Tidak dinafikan ramai juga scammer yang membeli data daripada pasaran gelap untuk menipu dalam talian dengan informasi akaun pengguna bank.

“Selain itu, banyak taktik scammer termasuk panggilan senyap selain tekan pautan link atau imbasan kod QR yang berjaya manipulasi ramai pengguna,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad Nordin berkata antara langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan adalah mangsa sepatutnya mengabaikan sekiranya terima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali.

“Langkah paling selamat, boleh hubungi pihak bank untuk menyekat atau menutup akaun secepat mungkin sebelum scammer dapat akses ke akaun bank peribadi.

“Walaupun akan menyusahkan di kemudian hari untuk membuka semula akaun bank tersebut, lebih baik berbanding mengalami kerugian berpanjangan,” katanya.

Mohamad Noordin berkata, hubungi pihak bank atau talian khusus (hotline) dalam masa 24 jam terlebih dahulu sekiranya menekan pautan link tidak meya­kinkan.

“Mangsa boleh hubungi pihak bank atau nombor hotline Pusat Respons Penipuan Kebangsaan 997 sebagai tindakan segera sebelum mengalami kerugian lebih banyak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN