fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 433 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Drebar lori maut, 30 cedera nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Seorang pemandu lori maut, manakala 30 individu lain cedera dalam kemalangan melibatkan bas ekspres dan dua buah lori di Kilometer (KM) 433, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 5.12 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan BBP Rawang digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan bas ekspres jenis Scania, sebuah lori 10 tan serta sebuah treler. Seramai 31 mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

“Pemandu bas tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala serta kaki kiri. Lelaki itu dikeluarkan oleh anggota bomba pada pukul 6.05 pagi.

“Beberapa penumpang bas mengalami kecederaan ringan termasuk tiga lelaki yang cedera pada kaki dan badan serta seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami pendarahan hidung. Kesemua mereka berada dalam keadaan sedar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kelindan lori mengalami kecederaan pada tulang rusuk, manakala pemandu treler cedera di bahagian belakang tengkuk. Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN