fbpx
Gambar hiasan.

Emas 916 turun harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Harga emas 916 dilaporkan mengalami penurunan berbanding minggu lalu, sekali gus menarik perhatian pembeli yang mengambil peluang untuk menambah simpanan logam berharga tersebut.

Berdasarkan kemas kini harga oleh Public Gold, emas 916 menunjukkan penyusutan, iaitu RM622 segram berbanding RM690 minggu lalu, manakala kadar belian semula (buyback) adalah RM540 setakat pukul 10.55 pagi.

Sementara itu, harga emas 999 pula ketika ini adalah RM653 segram, manakala belian semula adalah RM594.

Minggu lalu, harga emas 999 mencatatkan lonjakan tertinggi apabila mencecah RM701 segram sekali gus merekodkan paras tertinggi dalam sejarah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan orang ramai menyerbu kedai-kedai emas selain premis pajak gadai untuk menjual pelbagai barang kemas milik mereka bagi mendapatkan keuntu­ngan tunai susulan harga emas yang tinggi.

Menurut pelanggan, ini adalah masa paling sesuai untuk menjual emas yang disimpan sekian lama khususnya untuk menampung perbelanjaan harian selain sebagai persiapan menjelang Ramadan dan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN