AMSTERDAM sering digambarkan sebagai kota ajnas terusan yang romantik dan dipenuhi seni, namun daya tariknya jauh lebih besar daripada sekadar pemandangan ikonik yang sering memenuhi media sosial.
Bagi pelancong Malaysia yang mencari percutian yang penuh budaya, suasana santai dan pengalaman tempatan tulen, kota ini menawarkan dimensi baharu yang mungkin tidak disangka terutamanya apabila meneroka kawasan kejiranan yang kurang dikunjungi dan lokasi-lokasi yang dianggap sebagai permata tersembunyi.
Salah satu cara paling mudah untuk menikmati Amsterdam tanpa kekangan ialah melalui I amsterdam City Card. Kad ini bukan sahaja memudahkan perjalanan dengan akses tanpa had ke pengangkutan awam tetapi turut menawarkan kemasukan percuma ke puluhan muzium, galeri dan tarikan utama. Ia membolehkan pelancong bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain dengan lancar, sama ada meneroka kejiranan berunsur unik atau menuju ke lokasi budaya di luar pusat kota.
Bagi mereka yang ingin menikmati Amsterdam dengan sendiri, kad ini memberi kemudahan dan nilai yang sukar ditandingi.
Untuk penginapan pula, pilihan di Amsterdam sangat pelbagai, namun ramai pelancong memilih Airbnb untuk merasai pengalaman tinggal seperti penduduk tempatan.
Dari pangsapuri klasik Eropah yang menghadap terusan dan sungai, ke loteng moden di kawasan kejiranan yang lebih sunyi, Airbnb menawarkan penginapan yang fleksibel dan asli. Pelancong boleh memilih untuk berada di tengah-tengah kesibukan kota atau menikmati suasana lebih tenang di pinggir bandar, bergantung kepada gaya percutian masing-masing.

Buat pengunjung Muslim, pilihan restoran yang menawarkan makanan halal juga semakin banyak. Malah, penduduk beragama Islam juga sangat ramai di negara ini. Melihat wanita bertudung litup sehingga berhijab sampai ke lutut bukan lagi perkara asing. Malah, ada pengunjung yang pernah menumpang menunaikan solat di kafe atau restoran yang dikendalikan oleh pekerja beragama Islam.
Jelas terbukti, Amsterdam kini jauh lebih terbuka terhadap budaya dan bangsa lain yang menetap di kota ini.
Ketika mengembara, sambungan internet yang stabil sangat penting, dan di sinilah peranti seperti Travel Recommends dari Malaysia memainkan peranan. Dengan bateri yang tahan sehingga 10 jam, boleh dikongsi sehingga lima peranti dan menawarkan data tanpa had, ia memastikan pelancong terus berhubung sepanjang masa.
Navigasi, perkongsian foto, belian tiket secara digital atau komunikasi bersama ahli rombongan semuanya dapat dilakukan dengan mudah tanpa risau liputan terputus.
Seiring dengan usaha pihak pelancongan Amsterdam untuk menggalakkan pelawat meneroka kawasan yang kurang dikenali, kota ini sebenarnya dipenuhi permata tersembunyi yang memberikan pengalaman berbeza daripada laluan pelancong biasa. Kejiranan De Pijp misalnya menawarkan suasana hidup dan kreatif dengan kafe hipster, restoran kecil dan pasar jalanan yang menjadi nadi harian penduduk tempatan.
Sementara itu, Amsterdam-Noord pula menonjol sebagai kawasan seni kontemporari dengan bangunan industri yang diubah suai menjadi ruang kreatif, galeri moden dan kafe yang penuh karakter semuanya hanya beberapa minit menaiki feri percuma dari Centraal Station.

pejalan kaki yang dihiasi dengan rekaan sangat indah.
Tidak jauh dari kota utama, Haarlem pula memberikan pengalaman lebih klasik dan tenang, lengkap dengan bangunan bata merah, gereja bersejarah dan kedai-kedai kecil yang membawa pesona Eropah lama.
Namun, tiada percutian ke Amsterdam yang lengkap tanpa melangkah keluar sedikit dari kota ke Zaanse Schans, sebuah perkampungan tradisional Belanda yang kelihatan seperti dipetik dari buku cerita.
Kawasan ini terkenal dengan kincir angin ikonik, rumah kayu hijau, kedai keju, bengkel kasut kayu dan suasana desa yang memukau. Di sini, pengunjung dapat melihat sendiri proses pembuatan keju, mencuba kasut kayu Belanda dan menikmati landskap tenang iaitu simbol unik negara ini.














