fbpx
ZULKIFLY menunjukkan durian kopi yang menjadi rebutan di Kampung Damak, Jerantut semalam.

‘Durian kopi’ unik jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Ketika harga durian kayangan termasuk musang king dan duri hitam jatuh merudum, durian hutan dikenali sebagai durian kopi tidak tergugat.

Pada masa ini durian berke­naan yang hanya terdapat di Kampung Damak di sini dijual dengan harga kira-kira RM25 sekilo berlainan dengan musang king yang dijual RM10 sekilo.

Pemilik durian kopi, Zulkifly Mahmud, 59, berkata, pada masa ini harga durian berkenaan kekal bertahan kerana mendapat permintaan yang begitu tinggi daripada orang ramai.

“Keunikan rasa buahnya yang lain daripada lain dengan ada rasa seperti kopi atau nescafe membuatkan menjadi rebutan penggemar durian.

“Setiap hari saya menerima tempahan dan sememangnya tidak mampu menampung permintaan memandangkan hanya ada sepokok sahaja yang berbuah pada kali ini,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, tarikan buah berkenaan terletak pada rasanya yang berbeza dengan buah durian lain selain isi buah yang halus dan kurang berserat.

Katanya, buah yang boleh mencapai berat sehingga tiga kilogram itu semakin dikenali di Damak yang menyaksikan ramai penggemar durian sanggup datang ke sini untuk menikmati durian nescafe dan mencari benih buah berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pokok durian berkenaan ditanam oleh bapanya yang menyemai biji durian kira-kira 40 tahun lalu.

Katanya, setakat ini pokok berkenan telah berbuah tiga kali setahun dengan kira-kira 100 biji buah setiap kali.

“Saya tidak pasti daripada mana arwah bapa saya ambil benih buah ini yang unik bukan sahaja rasa dan baunya malah bunganya berwarna merah jambu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN