fbpx
Golongan muda disaran supaya merancang masa depan termasuk membuat simpanan wang.

Masa muda ‘enjoy’, bila tua baru nak menyimpan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAHUN 2026 sudah membuka tirai, bermulalah kisah 365 hari dan bertambah lagi satu angka usia. Terasa cepat masa berlalu, kalau ada mesin waktu, ramai yang mahu kembali ke masa silam dan membetulkan hidup di usia muda.

Banyak penyesalan menjadi beban disebabkan tiada perancangan hidup ketika usia muda kerana terlalu mengikut kata hati dan ‘mentah’.

Usia muda sepatutnya tidak disia-siakan atau terlalu mengikut emosi yang akhirnya membawa kepada penyesalan terbesar dalam hidup.

Sebaiknya, jadikan usia tersebut untuk membuat persiapan hidup demi masa hadapan yang lebih baik. Usia muda juga sangat mencabar kerana ketika itulah seseorang individu itu mencari identiti diri, meneroka kehidupan dan sebagainya.

Oleh itu, mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada orang dewasa.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai nasihat seorang pempengaruh, Muhammad Noor Zakaria atau lebih dikenali sebagai Mdno terutamanya kepada Gen Z mengenai isu kewangan seperti menabung, mengelakkan pembaziran, selain menasihati mereka agar lebih berhemah dan bijak dalam merancang masa hadapan.

Walaupun ramai Gen Z menjadikan nasihat itu sebagai bahan jenaka, tetapi sedikit sebanyak ia memberi kesedaran kepada generasi muda agar celik kewangan dan tidak mengulangi kesilapan generasi sebelumnya.

Kehidupan Gen Z ketika ini dilihat sangat mencabar kerana mereka cenderung berbelanja melebihi keperluan disebabkan mahu mengikut trend semasa, terpengaruh dengan media sosial selain terdapat pelbagai tawaran mudah untuk mendapatkan barangan yang dihajati seperti kaedah ‘Buy Now, Pay Later’ (BNPL).

Mdno berkata, tidak salah untuk bergembira pada usia muda, namun perlu sentiasa bersiap siaga membuat simpanan kewangan untuk digunakan pada waktu kecemasan.

“Kenapa saya selalu memberi galakan kepada adik-adik sementara tengah muda buat, saya tidak pernah menghalang anda hendak enjoy tetapi pastikan mempunyai simpanan dan visi untuk kukuhkan ekonomi.

“Ada yang salah faham kata saya mahu menakutkan, tidak percayakan rezeki dan duniawi tetapi saya nak beritahu satu perkara yang hidup ini tidak menentu.

“Saya tidak tahu pada 2025 emak diserang strok, ayah sakit dan situasi sebegini kita memerlukan duit segera untuk membantu mereka. Begitu juga mereka yang berkahwin, ada yang diuji dengan anak sakit.

“Sebab itulah ketika usia muda kita perlu faham bahawa hidup tidak seperti yang kita rancang, ada ujian menanti. Gunakan usia muda untuk menyimpan wang terutama golongan lelaki kerana anda akan bergelar ketua keluarga,” katanya menerusi perkongsian video di media sosial.

Rata-rata orang ramai tersentuh dengan nasihat yang dikongsikan oleh lelaki tersebut, malah ada yang meluahkan rasa kecewa kerana lambat bertindak untuk membuat simpanan pada usia muda.

“Kenapa baru sekarang abang (Mdno) muncul, saya sudah berusia 35 tahun dan baru terhegeh-hegeh hendak menyimpan duit. Sebelum ini, duit gaji habis digunakan beli makanan,” kongsi Sal Arisa.

“Insaf dengar nasihat Mdno. Terima kasih, azam tahun baharu hendak menyimpan,” kata Muhammd Faris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN