fbpx
Gambar dikongsikan pengguna Threads.

Bakul pun nak curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua pelanggan yang didakwa cuba membawa keluar bakul milik sebuah pasar raya di Setia Alam mengundang kemarahan orang ramai selepas kejadian itu dikongsi di media sosial.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, Sid, insiden berkenaan berlaku apabila seorang wanita dilihat meletakkan bakul pasar raya ke dalam kereta tanpa sebarang usaha untuk memunggah barangan dibeli.

Menurut Sid, lebih mengejutkan apabila ibu kepada wanita tersebut didakwa mengarahkan anaknya supaya menyimpan sahaja bakul berkenaan di dalam kereta, seolah-olah menganggap ia bukan satu kesalahan.

“Bakul pun nak curi. Mak dia siap cakap kat anak dia simpan je bakul tu dalam kereta. Dah tegur pun tak lut (tiada tindakan lanjut), katanya.

Sid mendakwa wanita berkenaan mengambil masa yang lama di tempat letak kereta tanpa memunggah barangan dari bakul ke dalam kenderaan, sekali gus menimbulkan syak bahawa mereka memang berniat membawa keluar bakul tersebut.

“Ini tak ada tanda nak punggah barang pun. Dah jerit dah, buat tak tahu saja. Staf sibuk ramai pelanggan,” katanya.

Perkongsian tersebut mencetuskan perbincangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan perbuatan membawa keluar bakul pasar raya sebagai tidak beretika serta menyusahkan pihak premis.

“Bakul tu kalau hilang, pengurus dengan pembantu kena ganti ya. rm250. Dulu troli hilang, satu taman saya cari, jumpa dekat rumah pelanggan. Dia hantar balik. Tolonglah manusia, RM250 tu bukan murah. Itu bakul, kalau troli?,” soal pengguna @Gemuk_straycat.

“Patutnya kena ada seseorang jerit kuat-kuat ‘pencuri bakul!’. Jeritlah sekuat hati, tepi mereka. Biar ada rasa malu,” kata Tiya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN