fbpx
Nurul Asyiqin Najihah (kanan) bersama adiknya, Nurul Aisyah Syafiqah serta anak-anak mereka di PPS SK Tok Jembal, Kuala Nerus semalam.

Ingat mahu bercuti, tapi kena duduk PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang wanita yang balik kampung tidak me­nyangka percutian dia dan dua anaknya berakhir dengan mereka terpaksa berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) setelah rumah ibu bapanya ditenggelami banjir di Kampung Jati, Gong Badak di sini pada Jumaat lalu.

Nurul Asyiqin Najihah Zulkifli, 27, berkata, dia dan dua anaknya berusia dua dan empat tahun yang pulang ke kampung pada Khamis lalu terkejut apabila rumah keluarganya mula dimasuki air kurang 24 jam selepas itu.

“Rumah ibu bapa saya mula dinaiki banjir pada pukul 10 pagi, kelmarin (Jumaat). Kami sekeluarga memutuskan untuk berpindah ke PPS SK Tok Jembal di sini kira-kira dua jam kemudian.

“Berpindah ke PPS merupakan pengalaman baru buat saya dan dua anak kecil,” katanya ketika ditemui di PPS SK Tok Jembal di sini semalam.

Begitupun, Nurul Asyiqin Najihah yang menetap di Kuantan, Pahang berkata, hikmahnya dia dapat menjaga dan membantu adik perempuannya, Nurul Aisyah Syafiqah, 22, menguruskan bayi yang baru berusia 48 hari.

Sementara itu, Nurul Aisyah Syafiqah sebelum ini dia turut berpindah di PPS sama pada 28 November lalu.

“Waktu itu lebih mencabar kerana saya masih dalam pantang selepas 20 hari melahirkan anak. Tak sangka, kami sekali lagi terpaksa berpindah ke PPS buat kali kedua dalam tempoh 28 hari kemudian,” katanya.

Nurul Aisyah berkata, rumah keluarganya memang kerap dilanda banjir sejak mereka mula mendudukinya pada tahun 2014. Katanya, sepanjang tempoh 11 tahun tersebut, cuma tahun lalu rumah mereka tidak terjejas banjir.

“Saya sudah lali berpindah ke PPS tapi tahun ini agak mencabar kerana perlu membawa sekali anak kecil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN