fbpx
Seorang penjual melonggok buah durian untuk di jual di gerainya di Jerantut semalam.

Duri hitam RM20 sekilo, semua mampu makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Musim durian berpanjangan daripada bulan Jun hingga penghujung tahun ini dan lambakan raja buah itu di puncak musim menyebabkan harganya jatuh merudum.

Ketika ini musang king telah dijual serendah RM10 sekilogram, manakala buah rebutan ramai adalah damak dengan RM6 kg.

Selain itu, durian duri hitam yang dijual serendah RM20 kg ju­ga dilihat menjadi rebutan pem­beli yang kebanyakannya datang dari seluruh negeri dan dari Lembah Klang.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di sekitar pekan Damak yang merupakan hab durian kampung premium mendapati, durian kampung dan durian kampung premium dijual dengan harga RM6 dan durian kahwin dijual dengan harga RM8 kg.

Durian musang king pula dijual dengan harga RM14 kg, manakala durian duri hitam dijual dengan harga RM20 kg.

Peraih durian, Ahmad Mustapa, 47, berkata, jualan durian khususnya pada musim ini amat menggalakkan terutamanya ketika harga raja buah itu jatuh.

Katanya, pada masa ini durian kampung Damak yang terkenal dengan kualiti, mendapat permintaan menggalakkan apabila dia berjaya dijual kira-kira 800 kilogram sehari.

Selain itu, katanya, durian duri hitam juga menjadi rebutan apabila bekalan yang ada tidak mencukupi selepas ia jatuh harga kepada hanya RM20 sekilogram.

“Durian kampung Damak sememangnya sentiasa mendapat permintaan memandangkan kulitinya yang terbaik di tambah pula dengan harga yang murah pada masa ini.

Menurutnya pada masa ini kebanyakan pembeli adalah dari Pahang dan Lembah Klang yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk mendapatkan durian kampung damak.

Dalam pada itu katanya, pada masa ini durian kampung pre­mium Damak King yang menjadi buruan penggemar raja buah masih belum luruh.

Sementara itu, Azril Md Ali, 42, berkata, hampir setiap minggu dia yang berasal dari Temerloh datang ke Damak di Jerantut bagi membeli durian kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN