TUARAN – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan tuduhan pembangkang kononnya tiada sebarang perubahan dibawa ke kawasan Sulaman yang diwakilinya selama lapan penggal.
Sebaliknya Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman itu, menegaskan beliau berjaya membawa pelbagai perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat selama ini.
Katanya, rakyat di Sulaman tahu apa yang dilaksanakannya dan kekal menyokongnya selama lapan penggal serta yakin mereka sekali lagi akan memberi kemenangan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah pada 29 November ini.
“Sebenarnya Sulaman ini cukup kita sayangi, saya nampak majalah ‘Sulaman Yang Ku Sayang’, memang saya sayang betul Sulaman. Selama saya jadi wakil rakyat, begitu hebat sekali kerana selama lapan penggal saya di sini dan kali ini yang kesembilan.
“Jadi selama ini, kita bukan takbur, tapi sokongan rakyat di Sulaman begitu hebat sekali kepada saya . Kerana itulah selama saya jadi wakil rakyat, saya beri tumpuan, apa kita buat di Sulaman?
“Saya bawa pelbagai perubahan di Sulaman, hanya pembangkamg saja yang tidak nampak apa kita buat. Perumahan besar di Sulaman, di pekan Tuaran, cukup untuk rakyat kita, kemudahan asas jalan raya ke kampung-kampung hampir 100 peratus.
“Dulu Pantai Dalit juga kawasan saya dan satu projek saya tidak boleh lupa di Mengkabong, orang Mengkabong dari dulu sokong saya.
“Apa kita buat di sana, rumah atas air kita ganti dengan rumah atas tanah, sekarang selesa sudah berumah di atas tanah,” katanya pada Sesi Ceramah Bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Indai, Markas PDM Indai, DUN Sulaman.
Katanya, pembinaan kampung tersusun di Mengkabong itu adalah antara pencapaian besar hasil usahanya membantu rakyat, selain satu lagi di Kampung Penimbawan.
Beliau berkata, dahulu masyarakat nelayan di kedua kampung tinggal di atas air, tapi sekarang sudah pindah di daratan dengan diberi rumah percuma setiap keluarga.
“Untuk belia kita bina Kompleks Sukan Tuaran, bantu persatuan belia setiap tahun, bagi peruntukan. Jadi, siapa cakap kita tidak peduli orang muda di Sulaman, kita bagi bantuan bermacam-macam termasuk untuk berniaga kecil-kecilan.
“Sekarang kompleks sukan sedang dibina astaka membabitkan kos RM15 juta. Kita bagi kompleks sukan ini 100 ekar supaya macam- macam boleh buat di sana, malah ada cadangan untuk bina track kereta drag di sana,” jelasnya.
Katanya, usaha itu dilakukan bagi mengubah wajah Tuaran menjadi kawasan yang lebih baik dan maju dengan segala keperluan asas rakyat dapat dipenuhi.
Justeru, Hajiji berkata, beliau akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat Sulaman dan Tuaran keseluruhannya. – KOSMO! ONLINE
Saya bawa pelbagai perubahan di Sulaman, hanya pembangkang tidak nampak – Hajiji
- Oleh IVAN AMIRUL
- 23 November 2025, 2:02 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

PRN Johor: Sen Sern calon pertama PKR, pertahan DUN Bukit Batu
13 Jun 2026, 11:49 pm

BN gerak jentera PRN pastikan kemenangan di Johor, Negeri Sembilan
13 Jun 2026, 11:11 pm

Wawasan guna logo PN tanding PRN Johor, Negeri Sembilan
13 Jun 2026, 6:00 pm

Ungkapan ‘Sabah jadi Columbia’ dorong Ayob Khan gempur sindiket Upek
13 Jun 2026, 5:49 pm

Projek Sabah Southern Madani Link jamin bekalan elektrik stabil – PM
13 Jun 2026, 3:54 pm

Amanah pertaruh dua ketua pemuda untuk PRN Johor, Negeri Sembilan
13 Jun 2026, 2:15 pm

BN Johor bersedia, PRN serentak atau tidak bukan kelebihan
13 Jun 2026, 12:02 pm

Aminuddin sedia bertanding di mana-mana
13 Jun 2026, 11:00 am






