fbpx
ANITA menunjukkan sebahagian pokok jagungnya yang ditenggelami banjir di Kampung Seberang Tayor Hilir, Kemaman semalam.

Sungai Kemaman ‘tenggelamkan’ kebun jagung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang wanita terpaksa meredah air hingga paras paha bagi menyelamatkan tanaman jagungnya selepas kebun miliknya di Kampung Seberang Tayor Hilir, di sini ditenggelami banjir sejak kelmarin.

Anita Awang, 51, berkata, kebun itu dilimpahi air Su­ngai Kemaman yang meningkat mendadak ekoran hujan lebat di bahagian hulu.

Katanya, dia tidak menjangka kebun jagungnya itu ditenggelami banjir memandangkan kampung tersebut tidak hujan.

“Terkejut saya dimaklumkan oleh anak air Sungai Kemaman berhampiran kebun sudah mula melimpah.

“Saya bersama anak-anak dan adik bergegas ke kebun untuk menuai jagung matang,” katanya.

Anita yang sudah 20 tahun mengusahakan tanaman jagung berkata, mereka nekad meredah air hingga paras paha demi menyelamatkan hasil tanamannya.

Katanya, setakat ini mereka berjaya menuai dan menyelamatkan kira-kira 500 tongkol jagung.

“Air yang melimpah ke kebun sudah mula surut pagi tadi (semalam) namun kesan lumpur tebal. Saya cuma mampu berdoa agar 3,000 pokok jagung yang dijangka boleh dituai minggu depan dapat bertahan walaupun sebahagian ditenggelami lumpur,” katanya.

Dia tidak menjangka kebun jagungnya dilimpahi air sungai terlalu awal memandangkan sebelum ini paras Sungai Kemaman mula melimpah pada Disember.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN