fbpx
Suspek ditahan selepas memukul isterinya. - Merdeka/Must Share News

Suami naik tangan, tak tahan isteri ‘kaki selfie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Ogan Ilir, wilayah Sumatera Selatan diberkas selepas memukul isterinya akibat tidak tahan dengan sikap mangsa yang gemar memuat naik gambar swafoto di laman Facebook, lapor laman berita Must Share News semalam.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah di Polis Ogan Ilir, Asisten Komisioner Mukhlis, keganasan rumah tangga itu berlaku di rumah mereka pada 30 Oktober lalu.

“Suspek menjadi marah kerana mangsa kerap memuat naik gambar narsisistik di Facebook,” kata Mukhlis.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 51 tahun dan dikenali sebagai Suryani, sedang duduk di bilik mereka sambil memegang telefon bimbit.

Suspek, Mat Nasir, menghampirinya lalu meminta telefon itu, tetapi mangsa enggan menyerahkannya.

Mukhlis berkata, pertengkaran berlaku, dan Mat Nasir merampas telefon bimbit tersebut daripada tangan isterinya secara paksa.

“Berlaku pergelutan antara mereka lalu suspek memukul mangsa, menyebabkan mangsa mengalami lebam dan bengkak di mukanya,” jelas Mukhlis.

Mangsa dibawa ke hospital oleh jirannya untuk menerima rawatan, manakala suspek ditahan di rumahnya untuk disoal siasat Sabtu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN