KUALA LUMPUR – Isu kemiskinan tegar di negara ini boleh dihapuskan kerana Kerajaan Madani mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berterima kasih kepada semua kerajaan negeri kerana memberi kerjasama dalam usaha tersebut.
“(Bagaimanapun) ada yang pertikai dan bantah mana boleh hapuskan kemiskinan. Dalam Islam tak ada. Ini ada juga kita dengar suara-suara begitu.
“Saya tidak pernah baca dalam mana-mana kitab dalam dunia ini… melainkan kitab mereka,” sindirnya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) bagaimana kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi Madani.
Sementara itu, Anwar berkata, kadar pengangguran kekal pada tiga peratus pada Ogos 2025 adalah yang terendah dalam tempoh 10 tahun. – KOSMO! ONLINE














