fbpx
BEGINILAH keadaan jalan yang ditampal secara tidak sempurna di laluan utama Kampung Giching, Sepang baru-baru ini.

Tampal semula seperti sebelum ini selepas korek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Kita sering mendengar keluhan pengguna jalan raya yang melalui jalan yang ditampal tidak sempurna selepas syarikat utiliti melakukan pengorekan lubang untuk menjalankan kerja mereka.

Ini yang terjadi di laluan utama Kampung Giching, Sepang, Selangor berhampiran Masjid Al Makmur yang mana baru-baru ini, kontraktor yang diberi tanggungjawab mengorek lubang untuk melakukan kerja dan menurap semula jalan tersebut secara ala kadar.

Ini menimbulkan ketidakpuasan hati pengguna yang bimbang keselamatan mereka sewaktu menggunakan laluan berkenaan disebabkan ia tidak rata dan beralun.

Masalah sebegini sememangnya menimbulkan masalah keselamatan dan keselesaan kepada pengguna.

Tidakkah mereka yang berkenaan tahu selepas mengorek lubang perlu ditutup dan diturap dengan baik seperti keadaan sebelumnya.

Bagaimana mereka boleh mendapat kelulusan untuk mengorek lubang jika beginilah cara bekerja yang hanya menyusahkan orang lain.

Ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian, mungkin sudah banyak kali dan pihak berwajib seolah-olah menutup sebelah mata dengan perlakuan itu.

Sepatutnya, pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini tidak diberikan projek lagi selepas ini selagi tidak mahu menurap jalan dengan sempurna.

Diharap pihak berkuasa tempatan melihat perkara ini secara serius kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Yang prihatin
Sepang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN