fbpx
HAMIDIN

Tiga wakil FAM berjaya diserap masuk FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‘PERANG’ kontroversi melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghalang wakil negara untuk diserapkan dalam jawatankuasa badan induk dunia itu bagi penggal 2025-2029.

FAM berjaya menghantar tiga wakil termasuk Presiden Kehormat yang juga Ahli Majlis FIFA, Tan Sri Hamidin Mohd Amin selaku Delegasi Jawatankuasa Media dan Komunikasi FIFA.

Selain itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram pula menjadi Ahli Jawatankuasa Teknologi dan Pembangunan Teknikal, Inovasi serta Transformasi FIFA, manakala Datuk Suraya Yaacob dipilih selaku Ahli Jawatankuasa Pertandingan Pasukan Wanita Kebangsaan FIFA.

Selain daripada barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John turut dilantik menjadi sebahagian daripada Kumpulan Koordinasi Konfederasi FIFA.

Seorang lagi anak tempatan, Dr. Gurcharan Singh juga dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Perubatan FIFA sehingga tahun 2029.

Pelantikan FIFA ini dilihat memulihkan sedikit maruah yang tercalar selain membuktikan pengaruh Malaysia khususnya dalam aspek pentadbiran antarabangsa, meliputi bidang komunikasi, pembangunan teknikal, perubatan serta etika dan integriti.

Sebagai rekod, FIFA sebelum ini telah menjatuhkan hukuman berat buat FAM dan tujuh pemain warisan negara atas kesalahan pemalsuan dokumen.

Namun, FAM selaku pentadbir bola sepak negara tekad untuk pertahankan maruah dengan menghantar rayuan ke FIFA dalam masa terdekat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN