fbpx
Gambar hiasan.

RM220 juta mantapkan peranan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan menegaskan komitmen untuk memperkukuh institusi negara termasuk eksekutif, legislatif dan kehakiman agar terus tertegak dengan wibawa serta bebas melaksanakan amanah tanpa dipengaruhi kepentingan sempit.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan institusi Parlimen, hampir RM220 juta akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi memastikan fungsi legislatif dapat beroperasi dengan lebih berkesan dan telus.

“Sebagai tambahan, RM5 juta khusus bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebagai semak dan imbang kepada dasar-dasar kerajaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, setakat ini, rakyat di 143 kawasan parlimen telah menerima manfaat menerusi pelbagai program kelestarian di bawah Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM).

“RM15 juta disediakan untuk memperluas liputan ke lebih banyak kawasan parlimen,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar menambah kerajaan turut melaksanakan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang kini berada pada peringkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan. Langkah itu dijangka memperkukuh prinsip pengasingan kuasa serta menjamin kebebasan pendakwaan.

“Pasukan Reformasi Undang-undang yang ditubuhkan sedang meneliti pembaharuan menyeluruh ke atas undang-undang jenayah, undang-undang kontrak termasuk merangka RUU Bidang Kuasa Admiralti dan RUU Koroner yang baharu,” katanya.

Anwar menjelaskan, kerajaan juga bakal memperkenalkan perlindungan baharu kepada pengguna melalui pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna, dengan emasukkan elemen ‘Lemon Law’ bagi melindungi hak mereka yang sering tertindas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN