fbpx
Foto hiasan Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 tahun lalu.

Belanjawan 2026: RM580 juta untuk Temasya Suka SEA, Sukan Para ASEAN 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pembangunan sukan negara terus diperhebat dengan peruntukan lebih besar berjumlah RM580 juta.

Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan pemerkasaan sukan berprestasi tinggi termasuk program ‘road to gold’ serta atlet para dan sukan orang pekak.

“Selain itu, peruntukan itu adalah sebagai persediaan bagi Temasya Sukan SEA dan Suka Para ASEAN 2027 di Malaysia.

“Kerajaan juga akan menyelenggara dan pembaikan kemudahan belia dan sukan seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk menaik taraf padang-padang sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN