fbpx
Konflik yang berlaku di Gaza sejak penindasan tentera Israel pada 7 Oktober 2023 telah meragut ratusan ribu nyawa serta memusnahkan harta benda dan kehidupan rakyat Palestin.

Negara penindas tidak layak masuk PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Israel perlu dihalau keluar da­ripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan segera. Ini kerana, segala penindasan dan kekejaman Israel terhadap rakyat Pales­tin selama lebih 70 tahun tidak boleh dibiarkan berlaku lagi oleh dunia antarabangsa terutama PBB.

Umum mengetahui bahawa jenayah kemanusiaan yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza mula tercetus susulan serangan mengejut pada 7 Oktober 2023 yang lalu.

Ramai rakyat Palestin di Semanjung Gaza yang menjadi mangsa terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel termasuk golongan kanak-kanak.

Sebagai rekod, rakyat Pales­tin sudah lama menghadapi penindasan dan kekejaman dari Israel. Oleh yang demikian, satu usaha bersepadu perlu diambil oleh masyarakat antarabangsa bagi menghalau Israel dari PBB, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang paling penting sekali selepas pasca Perang Dunia Kedua (1939 – 1945).

Buat sekian lama, rakyat Pales­tin tidak pernah mengecapi kedamaian dan hidup dalam keadaan yang aman dan selamat.

Malah, sejak penubuhan negara Israel pada 1948 dan rampa­san tanah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza selepas tamatnya Perang Enam Hari pada tahun 1967, kehidupan rakyat Palestin menjadi semakin sukar dan penuh de­ngan penderitaan.

Hak rakyat Palestin juga sering dinafikan sehingga ramai rakyat Palestin terpaksa hidup merempat serta menjadi pelarian di ne­gara-negara lain.

Negara penjajah

Kediaman, tanah dan harta milik rakyat Palestin juga telah dirampas dan dicuri oleh Israel semenjak sekian lama tanpa sebarang persetujuan serta pampasan.

Buat sekian lama juga, rakyat Palestin tidak pernah hidup aman dan menjadi mangsa kekejaman oleh pihak tentera Israel.

Penindasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Israel bukan hanya dilakukan oleh kalangan tentera Israel, malah turut disertai oleh bebe­rapa persatuan dan individu radikal Israel yang tidak sukakan kehadiran rakyat Palestin di Tebing Barat serta di Semenanjung Gaza.

Oleh itu, sudah sampai masanya, satu tindakan tegas diusahakan dan dilancarkan oleh masyarakat antarabangsa bagi menghukum Israel kerana kegagalan mereka untuk hidup dalam masyarakat yang bertamadun serta berpandukan undang-undang antarabangsa yang mengutamakan hak asasi setiap manusia.

Antara langkah paling drastik yang boleh dipertimbangkan untuk diambil oleh masyarakat antarabngasa ialah dengan meng­halau Israel terus dari pertubuhan PBB itu sendiri.

Usaha penyingkiran Israel dari PBB dapat memberi satu isyarat yang jelas kepada negara itu supaya tidak meneruskan segala penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Palestin.

Israel perlu diingatkan bahawa penubuhan negaranya sendiri pada tahun 1948 yang lalu banyak terhutang budi kepada PBB. Pada tahun 1947, PBB telah memutuskan untuk membahagikan daerah mandat British di Palestin dengan membenarkan kewujudan negara Israel.

Namun, semenjak penubuhan negara Israel, pelbagai masalah telah ditimbulkan oleh Israel terutamanya terhadap rakyat Palestin yang jelas bertentangan dengan tujuan dan matlamat asal penubuhan PBB itu sendiri.

Antara matlamat utama penubuhan PBB sebagai mana yang ditetapkan dalam Perkara 1 Piagam PBB 1945 (United Nations Charter 1945) adalah untuk mengelakkan perulangan peperangan, konflik, serta pertikaian yang hebat antara negara-negara.

Langgar hak asasi

Selain itu, PBB juga wujud untuk menegakkan prinsip hak asasi manusia, menjamin rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Bagaimanapun, semua matlamat yang dinyatakan jelas tidak dipatuhi oleh Israel sejak penubuhan negara mereka lebih 70 puluh tahun yang lalu.

Oleh yang demikian, sewajar­nya Israel dihalau atau disingkir terus dari PBB. Langkah penghalauan atau penyingkiran Israel ini juga selaras dengan peruntukkan peraturan yang terdapat didalam Piagam PBB sendiri.

Perkara 6 Piagam PBB 1945 menyatakan dengan jelas bahawa “Ahli Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah berterusan melanggar Prinsip yang terkandung dalam Piagam ini boleh dibuang daripada

Pertubuhan Melalui Perhimpunan Agung atas syor Majlis Keselamatan.”

Bagi menjayakan cadangan berkenaan, masyarakat antarabangsa perlu mengetepikan segala perbezaan kecil yang mereka ada dan bekerjasama serta bersatu.

Dengan adanya usaha pe­nyingkiran Israel daripada PBB, seluruh masyarakat antarabangsa dapat memberi pengajaran kepada negara itu serta memaksa mereka untuk mengubah perangai buruk terhadap rakyat Palestin.

Sama ada usaha yang ingin diambil ini berjaya ataupun tidak terserahlah kepada takdir. Namun, sekurang-kurangnya usaha yang ingin diambil ini dapat memberi isyarat jelas kepada Israel.

Ia juga membuktikan bahawa masyarakat antarabangsa tidak akan duduk diam terhadap segala penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Palestin.

Pada masa yang sama, usaha yang diambil ini dapat memberi sokongan moral kepada rak­yat Palestin dalam perjuangan
mereka untuk merdeka dan bebas dari sepenuhnya dari penindasan, kekejaman dan penjajahan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN