fbpx
Salah seorang pengguna memeriksa MyKadnya ketika mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di pekan Baling semalam.

Masih ada datang beli RON95 tak bawa MyKad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Selepas dua hari pelaksanaan inisiatif Budi95 yang menetapkan harga petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, rupa-rupanya masih ramai rak­yat yang tidak tahu kaedah mendapatkan subsidi itu.

Rata-rata mereka yang berusia 60 tahun ke atas itu masih tidak mengetahui mengisi minyak RON95 memerlukan MyKad bagi mendapatkan harga subsidi sejak 30 September lalu.

Seorang pekerja di sebuah stesen minyak di sini mendedahkan, pengguna warga emas perlu diajar cara-cara mengisi minyak ketika membayar wang di kaun­ter.

“Ada antara mereka tidak bawa MyKad dan ada juga yang sebenarnya tiada lesen memandu serta ada yang kad pengenalan rosak,” kata Wan yang bekerja di sebuah stesen minyak di Pekan Baling.

Katanya lagi, suasana (semalam) agak kelam kabut sikit di mana mereka terpaksa memberi penerangan yang jelas tentang Budi95, memeriksa MyKad dan menerima bayaran, seterusnya membantu mengisi minyak ke tangki kenderaan pengguna.

Jika sebelum ini, tempoh masa seorang pengguna apabila mengisi minyak lebih kurang tiga minit sahaja, tetapi hari ini (semalam)mereka mengambil masa hampir lima minit untuk selesaikannya.

“Mungkin keadaan ini akan ambil masa seminggu sementara kami mahir guna alat baca MyKad, kemudian keadaan akan kembali normal,” katanya lagi.

Seorang pengguna, Yusuf Ismail, 56, berkata, baru pertama kali cuba menikmati subsidi Budi95 di sebuah stesen minyak, ia berjalan lancar dengan bantuan kakitangan yang berada di pam minyak.

“Saya tidak tahu sangat Budi95 ini, datang isi minyak macam biasa sahaja tetapi staf yang berada di pam minyak ini yang ingatkan soal MyKad.

“Rupanya mudah sahaja, kita semak kelayakan guna MyKad kemudian bayar sama ada secara tunai atau guna kad debit, kalau tidak mahir, kakitangan yang ada sedia membantu,” kata Yusuf.

Pengguna yang mahu dikenali sebagai Letchumi pula berkata, dia merasa sedih kerana tidak dapat menikmati subsidi Budi95 sebab MyKadnya rosak.

“Saya terpaksa pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk memperbaharui MyKad, buat masa sekarang kami tidak boleh lagi dapatkan subsidi minyak ini, kena sabar,” kata Letchumi.

Dalam pada itu, di Tumpat, Kelantan, masih ramai orang yang tidak membawa MyKad ketika mengisi petrol RON95 sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menikmati subsidi RM1.99 seliter.

Seorang warga emas, Eh Chau Eh Dam, 64, berkata, dia terus mengisi minyak RON95 untuk motosikal jenis Yamaha Lagenda miliknya semasa tiba di sebuah stesen minyak di Pengkalan Kubor di sini semalam.

“Apabila habis isi minyak, baru saya keluarkan MyKad dan memberikan kepada petugas di pam.

“Saya masih kekok cara untuk tebus Budi95. Saya datang ke pam terus buka tangki motosikal dan minta pekerja isi. Rupanya kena tunjuk MyKad dahulu baru isi minyak,” katanya ditemui di sebuah stesen minyak di Pengkalan Kubor di sini semalam.

Seorang pekerja swasta, Noor Syurina Razali, 19, dia juga terlupa untuk menebus Budi95 selepas mengisi lima liter petrol untuk motosikalnya dan sebuah tong.

“Disebabkan itu, saya dikenakan bayaran RM2.60 seliter untuk mengisi petrol,” ujarnya.

Seorang pekerja di stesen minyak yang mahu dikenali Ruslina berkata, ada juga remaja yang terpaksa isi minyak RON95 pada harga RM2.60 seliter kerana mereka tiada lesen memandu.

“Mereka ada MyKad, tetapi tiada lesen memandu. Jadi, terpaksa bayar RM2.60 seliter,” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN