fbpx
HEFA juga menjadi pencipta kandungan di media sosial yang menghasilkan ‘konten’ berkaitan buku.

Hefa kongsi bacaan buku bersama komuniti Booktok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Minat membaca sering dikaitkan dengan ilmu, ketenangan dan imaginasi yang tidak terbatas.

Bagi Siti Haifa Balkis Elly Haiza atau lebih mesra disapa Hefa, membaca bukan sekadar hobi tetapi sebuah perjalanan hidup yang membentuk dirinya sehingga hari ini.

“Sejak kecil lagi saya memang suka membaca. Saya mula curi-curi baca novel ibu saya ketika berusia enam tahun. Antara penulis yang saya baca pada waktu itu ialah

Aisyah Sofea, Sharifah Abu Salem dan Norhayati Berahim,” katanya kepada K-Remaja.

Namun, Hefa menyedari karya itu agak berat untuk usianya yang kanak-kanaknya ketika itu. Justeru, kedua-dua ibu bapanya mengambil langkah membawa dia dan arwah adiknya ke kedai buku setiap bulan.

“Selalunya kami ke Pustaka Rakyat. Disebabkan minat membaca yang mendalam, saya pernah dihantar ke kem Nilam dan dianugerahkan pingat gangsa untuk Tokoh Nilam peringkat kebangsaan,” jelasnya.

Kini, apabila menginjak usia dewasa, anak kelahiran Kuala Lumpur itu semakin menghargai peluang tersebut.

“Saya sedar membeli buku dan menjadikan aktiviti membaca sebagai hobi adalah satu perkara yang istimewa.

“Tidak semua orang mampu beli buku, lebih-lebih lagi dengan harga buku sekarang. Saya bersyukur kerana kini, saya ada ‘adult money’ untuk beli buku sendiri.

“Saya juga bertuah kerana mendapat akses kepada buku sejak kecil, hasil dorongan ibu bapa,” katanya.

Hefa bukan sahaja seorang pembaca tegar, malah turut menjadi pencipta kandungan di media sosial.

ANAK kelahiran Kuala Lumpur ini meminati bacaan buku sejak berusia enam tahun.

Berbeza dengan kebanyakan pempengaruh (influencer) yang gemar membuat ‘haul’ pakaian atau produk kecantikan, Hefa memilih untuk menghasilkan ‘konten book haul’.

“Saya bermula di TikTok sebagai seorang affiliate pelbagai produk. Tetapi apabila saya mula fokus pada buku, terutamanya penerbitan Tentang Kita, saya dapati saya semakin seronok.

“Dari situ saya perlahan-lahan ubah niche kepada Booktok (komuniti yang berkongsi ulasan berkenaan buku di platform TikTok). Rasa puas apabila dapat buat perkara yang saya minat,” ujarnya.

Konten yang dihasilkannya ternyata mendapat sambutan baik. Melalui algoritma TikTok, dia bertemu lebih ramai pembaca yang berkongsi minat sama.

“Saya dapat ramai kenalan baharu dalam circle Booktokers. Ada juga yang mempersoalkan jumlah buku yang saya beli berbanding jumlah yang dibaca.

“Tapi saya tak kisah sebab saya ada sistem traceability sendiri menggunakan Excel. Semua buku saya rekod, sama ada TBR (untuk dibaca), DNF (belum habis baca), sudah dibaca atau sedang dibaca. Jadi walaupun lambat, saya tetap akan habiskan,” katanya.

Kongsi Hefa, genre pilihannya adalah psychological thriller, crime thriller dan mystery thriller.

Kata wanita berusia 29 tahun itu, dia sukakan cerita yang tak klise dan penuh suspen.

“Kebanyakan thriller saya boleh habiskan dalam satu hingga tiga hari kerana ‘pacing’ ceritanya laju,” jelasnya.

Berkongsi tentang saat paling disukainya sebagai peminat aktiviti membaca, Hefa berkata, dia paling seronok membuka bungkusan buku baharu.

“Setiap kali ‘unbox’, rasa macam dapat hadiah untuk diri sendiri,” katanya.

Kini, Hefa memiliki 256 buah buku dalam simpanannya, tidak termasuk buku-buku yang mahu dijual.

Bagi mengurus ruang kediaman apabila koleksi buku bertambah, dia turut menjual buku ‘preloved’ melalui Carousell, TikTok, Threads dan juga Pasar Buku di Telegram.

“Setakat ini ada 89 buah buku yang saya sedia jual. Buku-buku DNF atau yang sudah lama tidak dibaca, saya lepaskan kepada pembaca lain,” tambahnya.

Sebagai seorang yang membaca antara empat hingga sembilan buku sebulan, Hefa percaya hobi ini lebih daripada sekadar mengisi masa lapang.

“Membaca menjadikan saya lebih kaya pengalaman dan memberi peluang berhubung dengan komuniti yang sama-sama cintakan buku,” katanya menutup bicara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN