fbpx
Beberapa ekor ulat ditemui dalam jus buah di sebuah kafe.

Jus buah berulat, pekerja dakwa ‘itu normal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut selepas mendapati ada beberapa ekor ulat dalam minuman jus buah yang dibeli di sebuah kafe, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pengguna Threads Diyalee, pekerja kafe berkenaan juga didakwa mengendahkan aduan, malah memaklumkan perkara tersebut adalah normal..

“Air ada ulat, bukan seekor tapi banyak. Kami perasan selepas sudah hampir habis minum. Bukannya kedai tepi jalan pun.

“Sudah diberitahu, pekerja kata ia normal tanpa meminta maaf,” ujarnya.

Semakan di ruangan komen mendapati ramai yang bercadang untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) atas situasi tersebut.

“Baru terfikir nak makan disana, tapi perangai pekerja macam tak ada adab, memang takkan jejak kaki langsung di situ,” kata @eyyrrajf.

“Sudahlah tidak jaga kebersihan, pekerja biadap pula. Memang takkan pergi sini,” kata shafyn. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN