fbpx
Junaidah (gambar kecil) gembira melihat rakyat pelbagai kaum bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan 2025 di Padang Majlis Bandaraya Seremban semalam.

Junaidah sambut merdeka 35 kali, tak pernah ‘miss’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat di seluruh negara menyambut Hari Kebangsaan 2025 dengan penuh semangat hingga sanggup datang lebih awal, malah ada yang tidak pernah jemu meraikan hari bersejarah negara.

Di Seremban, seorang warga emas hadir seawal pukul 3 pagi demi sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri.

Junaidah Abdul Rahman, 70, dari Taman Desaru Sikamat berkata, dia tidak pernah terlepas meraikan detik bersejarah negara itu sejak 35 tahun lalu.

“Hari ini, saya bersama suami dan dua anak sampai ke kawasan acara, datang awal pagi kerana mahu rebut tempat. Walaupun saya tak larat berjalan, anak-anak tetap bawa saya.

“Sudah 35 kali saya sambut hari merdeka kerana saya seronok tengok pelbagai kaum sama-sama sambut merdeka, rasa terharu sangat terutama apabila mendengar lagu patriotik berkumandang,” katanya.

Di Kuantan, detik penuh bersejarah 31 Ogos 1957 kembali segar dalam ingatan seorang ve­teran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila diberi penghormatan melaungkan Merdeka! sebanyak tujuh kali pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat Pahang di Padang MBK 1 semalam.

Othman Tan, 87, pernah me­nyaksikan sendiri laungan keramat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka 68 tahun lalu ketika bertugas sebagai anggota Bata­lion Keenam Askar Melayu.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kini jauh lebih meriah berbanding zaman awal kemerdekaan.

“Dahulu rakyat masih terikat dengan pengaruh penjajah, jadi sambutannya sederhana sahaja. Sekarang, seluruh negara me­raikannya dengan penuh warna-warni. Saya bangga melihat semangat ini,” katanya.

Di Putrajaya, biarpun jarak rumah dengan Dataran Putrajaya hanya lima kilometer, namun dua rakan baik sanggup datang se­awal pukul 11 malam kelmarin.
Bagi penjawat awam, Nurul Shafikah Abdul Hamid, 29, dan Syuraya Mohd. Yusof, 26, mereka berbuat demikian kerana mahu merasai kemeriahan bersama pengunjung lain.

“Tahun lalu saya datang pukul 6 pagi tapi semua tempat dipenuhi orang. Jadi, kali ini saya dan kawan ambil keputusan untuk bermalam terus di sini, biar penat sedikit asalkan puas hati,” kata Nurul Shafikah.

Di Kangar, kenderaan perisai ringan jenis Ferret Scout Car koleksi peribadi Raja Perlis, ­Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dipersembahkan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Kenderaan itu kurniaan Raja Jordan, Raja Abdullah II kepada Raja Perlis sebagai tanda persahabatan akrab.

Ferret Scout Car pernah menjadi tonggak peninjauan ‘British Cavalry’ pada era 1950-an. Ia turut berkhidmat dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo dari 1960 hingga 1963, Konfrontasi Indonesia serta Insurgensi Kedua di Tanah Melayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN