fbpx
Sebatang pokok tumbang berhadapan sebuah stesen minyak di Persiaran Hamzah, Meru, malam ini. IHSAN BOMBA

‘Angin kuat betul, helmet terpelanting masa bawa motosikal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk sekitar Shah Alam malam ini dikejutkan dengan hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan sekitar ibu negeri Selangor itu.

Keadaan cuaca buruk itu menyebabkan ramai netizen berkongsi pengalaman masing-masing di Facebook rasmi Kosmo!.

Ada yang mengadu terkejut dengan dentuman guruh yang disamakan seperti bunyi letupan, malah ada juga yang sempat bergurau jenaka.

“Kelana Jaya juga sekarang, atap berbunyi . Pokok bergoyang macam nak tercabut,” tulis Kavitha Kandiah.

“Puchong Kinrara pun sama tingkat 13 pula semua pintu bilik dah mcm cerita seram buka tutup pangggggggg,” komen Cik Emma.

“Angin kuat ‘helmet’ terpelanting masa bawa motosikal,” kata Mohd Fitri.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan di beberapa kawasan Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga pukul 2 pagi nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI