KLUANG – Pesakit biliary atresia atau saluran hempedu tersumbat, Umar Al Mukhtar Muhammad Aliffudin berusia 14 bulan, dijangka menjalani pembedahan pemindahan hati di China pada awal September ini.
Ibu bayi berkenaan, Nurhafizah Lokaman, 31, berkata, dia dan suami bersyukur apabila bantuan dana sebanyak RM185,000 telah mencukupi setelah berita mengenai anaknya disiarkan Kosmo! pada Khamis lalu.
Menurutnya, status jumlah kutipan sumbangan itu dimaklumkan agensi Biliary Atresia Malaysia (BAMA) semalam. Ketika ini, Umar Al Mukhtar dipantau pasukan perubatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
“Kami amat bersyukur dan berterima kasih dengan keprihatinan rakyat di negara ini yang telah menyalurkan derma sejak semalam (kelmarin).
“Apa yang kami harapkan kini adalah doa daripada orang ramai agar segala urusan berjalan lancar selain Umar Al Mukhtar berada dalam keadaan sihat untuk proses pembedahan pemindahan hati dilakukan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Nurhafizah, sebagai ibu, dia sudah bersedia untuk memindahkan sebahagian daripada hatinya agar Umar Al Mukhtar dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak lain.
Khamis lalu, Kosmo! melaporkan seorang bapa merayu sumbangan orang ramai untuk membantu keluarganya mengumpul dana untuk proses pemindahan hati selepas anaknya, Umar Al Mukhtar disahkan menghidap penyakit biliary atresia sejak berusia dua bulan.
Menurutnya, kos RM185,000 yang diperlukan itu adalah untuk merangkumi kos pembedahan termasuk perjalanan, penginapan kira-kira sebulan selain kos ubat-ubatan selama setahun.
Jelasnya, Umar Al Mukhtar telah menjalani pembedahan Kasai pada 14 Ogos tahun lalu, namun usaha berkenaan tidak membuahkan hasil malah menyebabkan keadaan hatinya semakin teruk dan perlu melak














