fbpx
Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 28, dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki warga Bangladesh yang mayatnya dijumpai di dalam Sungai Kinta dengan keadaan sebelah kaki diikat pada motosikal, tujuh tahun lalu. FOTO / MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Lelaki dihukum gantung bunuh pekerja warga Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki warga Bangladesh yang mayatnya dijumpai di dalam Sungai Kinta dengan keadaan sebelah kaki diikat pada motosikal, tujuh tahun lalu.

Hakim Su Tiang Joo membuat keputusan itu terhadap Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 28, yang didapati bersalah membunuh Md. Ovaidul, 32.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa membunuh mangsa di Sungai Kinta kawasan Sungai Galah di Kampung Gajah antara pukul 8.20 hingga 10.25 malam, 15 Disember 2018.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Dalam penghakiman di akhir kes pembelaan, Hakim Tiang Joo berpendapat, kematian mangsa dalam kes itu bukan berlaku secara tiba-tiba sebaliknya pembunuhan tersebut telah dirancang dan dilakukan dengan amat kejam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh manakala tertuduh diwakili peguam, V. Santhiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN