fbpx
Orang ramai beriadah di Pantai Teluk Senangin di Segari dekat Lumut kelmarin.

‘Kami penduduk pun takut mandi di Teluk Senangin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Pantai Teluk Senangin di Segari dekat sini disifatkan sebagai ‘lubuk’ ubur-ubur dan sememangnya tidak sesuai untuk aktiviti renang.

Seorang penduduk berhampiran, Mohd. Razak Yatim, 46, berkata, dia tidak pernah mandi di pantai itu kerana menyedari risiko disengat ubur-ubur.

“Jadi kalau kami ke pantai ini sekali pun sekadar untuk mengambil angin.

“Sesiapa yang nak berenang dipersilakan kerana tiada hala­ngan,” katanya kepada Kos­mo!.

Kosmo! kelmarin melaporkan lebih 30 peserta Teluk Senangin Open Water Swim 2025 menjadi mangsa sengatan ubur-ubur ketika acara itu berlangsung.

Beberapa pengunjung lain turut berkongsi pengalaman mereka disengat ubur-ubur ketika mengunjungi pantai tersebut.

Bagi Aini Yassin, 42, pula, dia yang mengunjungi pantai itu bersama ahli keluarganya dari Tai­ping juga telah lama tidak mandi-manda atas beberapa faktor selain serangan ubur-ubur.

Ini kerana katanya, situasi ombak yang kuat di pantai ber­kenaan menyebabkan dia dan keluarganya berpandangan ia tidak sesuai bagi aktiviti berenang, apa­tah lagi mandi-manda.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Manjung, Kapten (PA) Norazlan Turiman berkata, lazimnya ubur-ubur akan berada berhampiran pantai disebabkan oleh beberapa faktor.

Menurutnya, antaranya ubur-ubur akan mengikut arus laut iaitu menghala ke pantai, selain pengaruh angin yang banyak bertiup ke arah pantai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN