JAKARTA – Penduduk di Jember, wilayah Jawa Timur terkejut apabila jenazah yang telah dikebumikan tiba-tiba muncul ke permukaan tanah, lapor portal berita Jatim VIVA semalam.
Kejadian dirakam di Tanah Perkuburan Dusun Patemon dekat Desa Mangaran.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @nenktainment memaparkan kepala jenazah yang dibalut dengan kain kafan itu timbul dari tanah.
Menurut perakam, jenazah itu merupakan seorang bayi kerana bentuk badan dan kepalanya yang kecil.
Malah, ikatan pada kepala jenazah serta kedua tangannya masih belum dibuka.
Rakaman itu mencatatkan lebih 55,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Seram,” kata seorang netizen.
“Macam mana boleh jadi seperti itu?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI