fbpx

Honda Accord terbabas punca dua kereta bertembung di Machang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta Honda Accord (kiri) dan Perodua Axia yang bertembung di Kilometer 30.3, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong, Machang tengah malam tadi. FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Nahas yang mengorbankan dua nyawa di Kilometer 30.3, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong di sini tengah malam tadi dipercayai berpunca daripada kereta Honda Accord terbabas sebelum bertembung kereta dinaiki dua sekeluarga.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, Ahmad Illman Hakim Abd. Rahman, 30, yang memandu kereta jenis Honda Accord meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta Perodua Axia, Siti Nurmunirah Yaacob, 26, menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Machang di sini.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussain berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta Honda Accord dipandu Ahmad Illman sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, pada masa sama, Siti Nurmunirah yang memandu kereta jenis Perodua Axia bersama anak saudaranya, Siti Nurul Fatihah Rosihan Amri, 13, berada di laluan bertentangan.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan kereta tersebut bertembung dengan kereta dinaiki Siti Nurmunirah dan anak saudaranya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, pemandu kereta Honda Accord itu maut di lokasi kejadian manakala Siti Nurmunirah meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Machang.

Menurutnya, penumpang kereta Perodua Axia yang mengalami kecederaan sedang dirawat di hospital sama.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI