fbpx

Keluarga mangsa maut dihempap pokok tuntut RM1.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian pokok tumbang di George Town, September tahun lalu yang mengakibatkan kematian dua pelancong China.

GEORGE TOWN – Keluarga dua pelancong China yang maut dihempap pokok tumbang tahun lalu bertindak memfailkan saman terhadap enam pihak serta menuntut permohonan maaf dan pampasan berjumlah RM1.7 juta.

Liu Zhu, 69, dan Liu Xin Xin, 36, maut apabila pokok yang terletak dalam kawasan sebuah bangunan bersejarah di sini tumbang dan menghempap kenderaan mereka, 18 September tahun lalu.

Saman tersebut difailkan oleh pasangan masing-masing, iaitu Yang Xue Li, 69, isteri kepada Liu Zhu dan ibu kepada Xin Xin, serta Wang Geng Feng, 41, suami kepada mendiang Xin Xin.

Saman itu difailkan menerusi peguam mereka, Ng Kian Nam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini melalui sistem e-filing.

Enam pihak yang dinamakan dalam saman tersebut adalah Pinang Peranakan Mansion Sdn. Bhd. (pengendali muzium tempat kejadian berlaku); SSM Capital Sdn Bhd (pemilik tanah muzium); Sri Kumaran’s Textile Sdn. Bhd. (pemilik bangunan jiran); Pony Holiday Sdn. Bhd. (syarikat pelancongan subkontrak); Har Kwai Leng (pemandu kepada mangsa); dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Menurut Kian Nam, dalam pernyataan tuntutan saman itu, keluarga mangsa menuntut ganti rugi am, khususnya atas kehilangan tanggungan kerana kedua-dua mangsa merupakan pencari nafkah utama keluarga, serta ganti rugi khas.

“Mereka juga menuntut permohonan maaf secara bertulis tanpa syarat. Keluarga ini turut menuntut kos, faedah dan sebarang relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI