fbpx

Buaya ‘gergasi’ 300kg sesat dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perhilitan Negeri Sembilan berjaya menangkap seekor buaya yang dipercayai tersesat di dalam parit di Kampung Permatang Pasir, Linggi, semalam. - IHSAN PERHILITAN NS

PORT DICKSON – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berjaya menangkap seekor buaya ‘gergasi’ yang tersesat di dalam parit di Kampung Permatang Pasir, Linggi, di sini, semalam.

Buaya sepanjang tiga meter itu dilihat orang awam kira-kira pukul 1.45 tengah hari sebelum dilaporkan kepada Perhilitan Negeri Sembilan.

Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri, siasatan lanjut dilakukan di lokasi penemuan buaya tembaga jantan itu di dalam parit berdekatan kebun kelapa

“Operasi menangkap reptilia itu dilakukan membabitkan tiga kakitangan Perhilitan dengan kerjasama 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson.

“Buaya jantan ini dianggarkan seberat 300 kg. Buaya dari Sungai Linggi ini kemudiannya dipindahkan ke Paya Indah Wetland, Dengkil di Selangor,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI