fbpx
Terdapat banyak kemalangan maut disebabkan kenderaan berat sama ada melibatkan kemalangan antara kenderaan atau pun kerana masalah teknikal seperti tayar tercabut. - GAMBAR HIASAN

Tidak semua pemandu mahir ‘bawa’ lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISU kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat bagaikan tiada kesudahan.

Kemalangan sebegini biasanya melibatkan kematian atau kecederaan parah yang sudah tentu memberi kesan kepada ahli keluarga.

Kejadian terbaharu menyaksikan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam nahas di Teluk Intan, Perak yang melibatkan lori membawa muatan batu.

Antara isu yang dibangkitkan adalah soal kelalaian pemanduan seperti memandu dengan laju selain masalah teknikal kenderaan terlibat.

Malah ada juga pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah selain memiliki banyak rekod kesalahan lalu lintas. Mereka ini ada yang masih bebas memandu seperti biasa.

Pakar Keselamatan Jalan Raya yang juga Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Kulanthayan KC Mani berkata, banyak kemalangan maut disebabkan kenderaan berat sama ada melibatkan kemalangan antara kenderaan atau pun disebabkan masalah teknikal seperti tayar tercabut dan barang muatan yang jatuh di jalan raya.

Katanya, kenderaan berat terutama yang membawa muatan berlebihan akan menjadi sukar untuk dikawal dan sukar untuk diberhentikan dengan selamat.

Apa lagi jika dipandu laju, dan keadaan ini menyebabkan semua kenderaan berat yang membawa muatan berat berlebihan amat berisiko dengan kemalangan.

Katanya, semua kenderaan berat terutama yang membawa muatan tidak boleh dipandu laju kerana impak pelanggaran yang sangat tinggi.

Pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa termasuk penguatkuasaan masih dilihat gagal membendung isu kemalangan melibatkan kenderaan berat ini yang masih terus meragut nyawa dan menjadi ancaman di jalan raya.

Mungkin penguatkuasaan lebih tegas dan hukuman yang berat perlu segera dilaksanakan di negera ini sebagai antara usaha untuk membendung isu kemalangan melibatkan kenderaan berat itu.

Namun di sebalik penguatkuasaan, pihak berkuasa terbabit perlu melihat dari sudut latihan berterusan kepada pemandu-pemandu kenderaan berat kerana tidak semua pemandu kenderaan berat mahir dan berkelayakan mengendalikan kenderaan itu.

Seorang pengurus sebuah syarikat kenderaan yang enggan dikenali berkata, pengambilan pemandu yang betul-betul mahir dan dilatih mengendalikan kenderaan berat sememangnya menjadi masalah kepada pemilik kenderaan berat.

Beliau berkata, kebanyakan pemandu di negara ini hanya menerima latihan tidak formal dengan pengalaman menjadi kelindan lori sebelum menjadi pemandu kenderaan berat termasuk treler.

Katanya, disebabkan tidak banyak pemandu yang berkelayakan menyebabkan pemilik kenderaan terpaksa menggaji mereka yang hanya berlandaskan kepada yang mempunyai lesen dan bukan kerana kecekapan sebenar.

Justeru antara kaedah yang perlu dilihat adalah dengan mewujudkan satu institut atau pusat latihan khas kepada pemandu kenderaan berat.

Dengan cara ini, pihak berkuasa akan mempunyai data lengkap pemandu terlatih dan majikan akan mudah untuk mencari pemandu yang mahir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN