fbpx
PARISA mahu lelaki yang menghormatinya dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.

‘Mula-mula jadi model, saya benci tengok gambar sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saat mula berjinak dalam dunia peragaan, gadis pilihan Pesona Ahad minggu ini, Parisa Ardina Davod Dadashpour Atmian Sofla, 29, mengakui dirinya malu malah adakalanya benci melihat gambarnya yang telah dirakam.

Namun wanita berketurunan Melayu – Azerbaijan yang lebih mesra dipanggil Parisa itu akhir­nya belajar untuk menjadi lebih selesa dan yakin untuk beraksi depan kamera.

Kepada Kosmo! Ahad, Parisa yang menuntut dalam Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Malaya bercerita tentang ‘kegilaannya’ terhadap melukis dan impiannya bergelar usahawan.

KOSMO! AHAD: Kongsikan tentang diri anda?
Parisa: Saya aktif menceburi sukan dan pernah mewakili Se­langor dalam memanah.
Saya juga mewarisi sisi krea­tif ibu yang suka melukis. Ibu masukkan saya dalam kelas seni dan piano. Saya boleh habiskan seharian dengan hanya melukis, terutamanya apabila berasa tertekan atau memerlukan rehat untuk kesihatan mental saya.

Apa erti seni pada Parisa?
Seni adalah satu bentuk ekspresi dan penyembuhan jiwa. Ia adalah cara saya meluahkan apa yang ada di dalam hati, ­terutamanya apabila tidak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata. Lukisan buatkan saya rasa tenang dan bebas.
Saya pernah menghabiskan masa selama 23 jam hanya dengan melukis, sangat suka hasilkan karya pantai, langit, haiwan.

Selain melukis, apa dilakukan pada masa lapang?
Memasak untuk keluarga dan rakan, gembira melihat mereka menikmati masakan saya. Selain itu, saya suka melancong terutama ke tempat yang mempunyai pantai yang cantik.

PARISA yang mewarisi sisi kreatif ibu pernah melukis selama 23 jam .

Tiga perkara, barangan penting bagi Parisa?
Tiga perkara yang saya benar-benar tidak boleh hidup tanpa­nya adalah kopi, telefon saya dan rutin menelefon ibu setiap hari.
Jika saya tidak minum kopi pada waktu pagi, saya akan jadi murung dan tidak akan ‘berfungsi’ dengan baik sepanjang hari.
Kedua, telefon yang membantu saya kekal menjadi seorang yang teratur dan setiap hari wajib untuk menelefon ibu bercerita tentang apa yang berlaku pada saya.

Impian anda?
Menjadi ahli perniagaan dan membuka kafe sendiri. Impian saya untuk mencipta ruang selesa supaya orang ramai dapat ‘healing’ selain berkumpul untuk belajar, mencipta dan mengembangkan idea mereka.

Pandangan anda, mengapa generasi kini kurang keyakinan diri?
Mungkin kerana mempunyai tekanan untuk memenuhi jangkaan ­tertentu.
Lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial yang sentiasa menuntut mereka menunjukkan imej yang ‘sempurna’ sedangkan ia adalah satu pemikiran yang salah.

‘Quote’ kegemaran anda?
“Semua yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya”. Ia datang untuk memberi kita pengajaran dan pengalaman yang pasti akan membuat kita lebih kuat dan matang.
Jangan sekali-kali terjebak dalam mengenang masa lalu dan sentiasa buka hati, jangan simpan dendam kerana setiap saat adalah peluang untuk berkembang dan sentiasa beri ruang dan waktu untuk diri sendiri berehat.

Ciri pasangan idaman Parisa?
Seseorang yang menghormati saya dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Lelaki itu harus tahu dalam hubungan, keluarga dan cinta harus di­utamakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN