fbpx

Nilai ekonomi tinggi bantu atasi isu graduan ‘cukup makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim bersama penerima -penerima Bantuan PHEKS Tahun 2025, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Skala dan nilai ekonomi Malaysia perlu lebih dipertingkatkan bagi membantu graduan tempatan menikmati bayaran gaji lebih sesuai dan bukannya sekadar ‘cukup makan’.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, tiada keseimbangan antara jumlah kerja bernilai tinggi ditawarkan di pasaran buruh dengan jumlah graduan institusi pengajian tinggi dan bidang Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional, ketika ini.

Kata beliau, negara mempunyai kira-kira 400,000 graduan setiap tahun namun ekonomi hanya mampu menjana 50,000 pekerjaan bernilai dan berkemahiran tinggi.

“Keadaan itu menyebabkan wujud jurang dan kelompangan yang kita memanggilnya sebagai paradoks.

“Justeru, kita harus menaikkan nilai ekonomi supaya syarikat-syarikat mampu menjana lebih banyak lagi pekerjaan bernilai tinggi,” katanya pada sidang akhbar majlis penyerahan bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Zon Tengah di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dapatan kajian Malaysia Labour Market Insight Series mendapati lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000, sekali gus memperoleh pendapatan ‘cukup makan’ tanpa menyimpan, melabur, atau meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Selain itu, lebih 70 peratus didapati terpaksa bekerja dalam sektor separa mahir dan tidak mahir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI