fbpx

Malaysia Masters: Wei Chong-Kai Wun tamat badi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG (kanan) dan Kai Wun semakin hampir ke perlawanan akhir Malaysia Masters selepas melangkah ke pentas separuh akhir. - ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun akhirnya mencatat kemenangan pertama ke atas rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada suku akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters.

Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, beregu No.8 dunia itu menunjukkan prestasi cukup cemerlang sebelum mencatat kemenangan 19-21, 21-7, 21-16 dalam tempoh 45 minit.

Kemenangan itu sekali gus menebus dua kekalahan mereka kepada pasangan tersebut ketika menyertai kejohanan Terbuka Jerman pada 2022 dan Terbuka China tahun lalu.

Wei Chong berkata, prestasinya dan Kai Wun lebih baik pada perlawanan hari ini, lebih-lebih lagi mereka berjaya bangkit daripada kekalahan set pertama, seterusnya memenangi dua set berikutnya.

“Saya rasa hari ini kita bermain agak bagus kerana kita boleh pegang set kedua dan ketiga selepas tewas di set pertama. Saya rasa hari ini kita pun tidak banyak bermain secara rali, jadi ia beri kelebihan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Sebagai rekod, ini adalah penampilan pertama Wei Chong-Kai Wun di separuh akhir selepas empat kejohanan sejak kali terakhir mereka melakukannya ketika menjuarai Indonesia Masters Januari lalu.

Menjelang separuh akhir esok, mereka dijadualkan menentang bekas juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang menewaskan pilihan ketiga dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-10, 21-13.

“Kita tidak pernah menang lawan mereka tetapi masih ada masa lagi. Nanti mungkin akan tengok semula perlawanan dengan jurulatih dan Kai Wun bagi membincangkan perancangan untuk esok,” ujar Wei Chong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI