KUALA LUMPUR – Dua visi strategik menjadi teras utama perbincangan dalam perjumpaan kedua antara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Setiausaha Rendah Hal Ehwal Dua Hala dan ASEAN, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Ma Theressa P. Lazaro berkata, Filipina yang kini berperanan sebagai Penyelaras Hubungan ASEAN-GCC menekankan bahawa meskipun terdapat beberapa cabaran logistik, perjumpaan tersebut telah berjalan dengan lancar dan produktif hasil kerjasama erat dengan Kuwait selaku Pengerusi GCC.
“Kami bincangkan dua visi penting. ASEAN dan GCC harus berkongsi. Tetapi saya rasa ada dua dokumen yang akan dikeluarkan.
“Dua dokumen tersebut ialah hasil keputusan bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan dokumen perjanjian ekonomi antara negara yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Lazaro, sebagai sebahagian negara yang berada dalam komuniti ASEAN-GCC, Filipina akan terus berbincang bagi memastikan hubungan dan potensi besar dapat dicapai pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE