SITI ZAHARAH tidak dapat menahan rasa sedih kehilangan anak lelaki dalam kebakaran ketika ditemui di rumahnya di PPR Krubong semalam.

‘Ibu mana sanggup tengok anaknya mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong kelmarin, terus dirun­dung hiba apabila bukan sahaja kehilangan anak, tetapi dipersalahkan orang ramai atas kejadian yang berlaku.

Siti Zaharah Borhan, 43, berkata, ketika kejadian dia menjerit memanggil anak-anak termasuk arwah Muhammad Afizul Hakim Alias yang mesra dengan panggilan Ijoi.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak menyahut panggilan itu dan disangka telah keluar untuk selamatkan diri bersama adik beradik lain.

“Kalau anak-anak lain be­ritahu arwah berada dalam bilik, saya sanggup redah api untuk selamatkannya, tetapi saya memang tak tahu atau tak nampak dia menyorok di mana.

“Saya panggil Ijoi, tapi dia tidak bersuara, ketika itu api masih belum marak jadi saya sempat selamatkannya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut wanita itu, meskipun reda dengan ketentuan Ilahi, dia masih dibelenggu rasa bersalah kerana tidak menyelamatkan anak keempat daripada lima beradik tersebut.

“Sebagai ibu, berat untuk ditelan, tetapi siapalah saya mahu menolak takdir. Netizen hanya pandai bercakap saya tidak menjaga anak. Mak mana yang nak anak mati? Kita mahu anak-anak sihat, tetapi netizen hanya pandai bercakap,” katanya.

Sementara itu, suaminya, ­Alias Harun, 45, memberitahu, ketika kejadian, dia keluar be­kerja di sebuah kilang dan bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya.

“Apabila sampai, rumah sudah terbakar. Salah seorang anggota bomba beritahu nampak kaki anak di belakang pintu, tetapi saya tak sanggup tengok.

“Saya tidak salahkan isteri, ini semua ketentuan dan hati kami sekeluarga sangat hiba. Saya rasa susah hendak melalui hari-hari mendatang kalau tinggal di rumah ini lagi kerana arwah begitu manja dengan saya,” katanya.

Kosmo! Online pada Jumaat lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terpe­rangkap dalam kebakaran di PPR Krubong.

Dalam kejadian pada pukul 2.20 petang itu, mangsa dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas api marak membakar rumahnya yang terletak di tingkat enam bangunan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN