fbpx

‘Gigih buat akaun palsu nak mengata saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Nora Ariffin mempersoal tindakan segelintir pihak yang didakwa suka mengambil tahu tentang dirinya termasuk melemparkan kata-kata negatif dalam media sosial.

Menurut Nora, 52, individu terbabit didakwa sanggup membuat akaun palsu hanya untuk mengumpat dan menjadi ‘stalker’ untuk setiap perkongsian media sosial miliknya.

“Kalian lawak, kata tidak minat dan tak suka tetapi ikuti media sosial saya untuk ‘stalk’ serta gigih cipta akaun palsu untuk mengata saya.

“Muat naik gambar suami tetapi kata saya ‘menayang’ sedangkan dia pun suka. Kongsi foto bekas suami, orang kata tidak menjaga hati suami pula padahal sama-sama teringat.

“Gambar sedih pula kata padan muka, kalian nak apa sebenarnya?” katanya dalam Instagram Story.

Geram menjadi mangsa kecaman, Nora menasihatkan agar pihak terbabit melakukan kerja lebih berfaedah yang boleh menghindarkan diri daripada membuat dosa.

“Lebih baik layan, jaga suami dan anak-anak. Itu lebih mendapat pahala daripada menjaga rumah tangga saya,” jelasnya.

Beberapa hari lalu, Nora menerusi platform X menitipkan pesanan agar netizen tidak sesuka hati dan berhati-hati memberi komen negatif dalam akaun Instagramnya termasuk berunsur fitnah serta mengaibkan.

Sebelum itu, dia juga turut mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama Allahyarham Johan Nawawi dengan kapsyen berbunyi, ‘Bercerai hidup tidak sama seperti bercerai mati.’

Nora kini dalam proses menuntut perceraian dengan suami baharunya, Dr. Rushdi Ramli, seorang pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 21 April lalu bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.

Namun, kemelut rumah tangga Nora terus berpanjangan apabila suaminya, Rushdi yang masih mempunya isteri daripada pernikahan pertama enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi itu pada prosiding sebutan pertama kes perceraian kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI