fbpx
Sebahagian pokok kelapa sawit yang dirosakkan gajah liar di Kampung Hulu Sat, Hulu Terengganu semalam.

‘Abang besar’ asyik mengintai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seramai 30 pekebun tidak tidur malam mengenangkan kebun kelapa sawit mereka kembali dicerobohi sekumpulan gajah liar sejak se­minggu lalu di Kampung Hulu Sat di sini.

Sebelum ini, kebun kelapa sawit mereka pernah teruk ‘dikerjakan’ haiwan liar terbabit sehingga kerugian RM500,000 kira-kira dua tahun lalu.

Salah seorang pekebun terlibat, Mohd. Zahari Sulaiman, 71, berkata, setakat ini, enam daripada 30 kebun milik penduduk kampung berkenaan terkesan dicerobohi kumpulan gajah liar terbabit.

“Sebahagian anak pokok kelapa sawit yang kami tanam semula pada bulan Ramadan lalu telah habis dirosakkan gajah tersebut.

“Saya sendiri setakat ini sudah kerugian lebih RM7,000 angkara haiwan tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Hulu Sat di sini semalam.

Mohd. Zahari berkata, mereka tidak menyangka kebun kelapa sawit diusahakan kembali diganggu setelah lebih setahun tenang tanpa gangguan ‘abang besar’ terbabit.

Katanya, kerosakan besar yang berlaku pada tahun 2023 tersebut cukup membuatkan pekebun kelapa sawit terlibat trauma.

“Kami rayu bantuan pihak berkaitan untuk menghalau se­mula gajah-gajah terbabit daripada memasuki kebun kelapa sawit kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong mengesahkan menerima laporan pencerobohan gajah tersebut pada Sabtu minggu lalu

“Pemantauan di lapangan mendapati kebun kelapa penduduk terlibat dicerobohi kira-kira 10 ekor gajah.

“Kawalan dan pemantauan sedang dilakukan di kawasan terbabit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN