fbpx

Tong gas bergolek atas jalan raya hampir ragut nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan detik cemas tong gas bergolek di atas jalan raya.

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya cemas apabila beberapa tong gas yang dibawa sebuah lori terjatuh di atas jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Gadek, Melaka.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam), kejadian itu berlaku selepas jaring keselamatan lori tersebut tercabut, mengakibatkan tong-tong gas bergolek di atas jalan raya.

Setakat ini, tiada kemalangan dilaporkan, dan kenderaan yang melalui kawasan tersebut sempat mengelak tong gas yang bertaburan di laluan berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen, mendapati ramai meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan jalan raya, terutama dalam situasi luar jangkaan seperti itu.

“Alhamdulillah tak ada kena sesiapa. Abang lori pun alert (berjaga-jaga),” komen @Khairunnisa.

“Saya selalu terbayang senario macam ni, lagi-lagi kalau lori bawa kayu atau besi. Sehinggakan terbayang ikatannya terlepas, jatuh kena cermin depan dan tembus kena kita,” kata @Asyuha Shop. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI