fbpx

MotoGP: Isyarat kebangkitan dipamer Quartararo, Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO berjaya memimpin 11 pusingan perlumbaan sebelum terpaksa akur untuk mengakhiri saingan di kedudukan kedua. – AFP

JEREZ – Selepas tiga tahun bergelut mencari rentak, Fabio Quartararo akhirnya memberi isyarat kebangkitan apabila berjaya menaiki podium di MotoGP Grand Prix Sepanyol, kelmarin.

Pelumba Monster Energy Yamaha itu yang pernah bergelar juara dunia 2021 memperagakan tunggangan terbaik apabila me­nguasai baris hadapan sebelum terpaksa akur menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Alex Marquez.

Bagi Quartararo, kejayaan meraih tempat kedua itu menamatkan kemarau podium selepas dia hanya menamatkan saingan tanpa sebarang kajayaan dan sekadar di tangga ke-13 keseluruhan musim lalu.

Namun, dengan kehadiran pengarah teknikal baharu, Max Bartolini, jentera Yamaha kini mula menunjukkan taring.

“Saya rasa macam melayang. Bukan saja kerana podium, tapi momen bersama pasukan, keluarga dan rakan-rakan hujung minggu ini sangat luar biasa,” katanya.

Lebih manis, Quartararo sempat memimpin perlumbaan selama 11 pusingan sebelum Alex Marquez memintasnya untuk menjuarai perlumbaan tersebut.

“Saya suka berada di depan dan memimpin perlumbaan, itulah yang kami buat hari ini. Tapi rentak kami belum cukup laju untuk kekal di tempat pertama dan memenangi perlumbaan.

“Apapun, kami kena tetap bertenang dan bersedia jika keputusan selepas ini kurang memberangsangkan,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI