fbpx

Remaja ditembak selepas renung ‘lelaki pelik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG gadis ditembak di seluar sebuah restoran. - Foto Naewna

BANGKOK – Polis Thai memburu lelaki bersenjata yang menembak muka seorang gadis berusia 17 tahun selepas mangsa merenungnya di sebuah restoran di wilayah Pathum Thani, lapor laman berita MS News semalam.

Menurut akhbar Thai Naewna, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu ketika mangsa, Tangmo, berada di restoran itu bersama beberapa rakannya.

Mereka kemudian melihat seorang lelaki ‘pelik’ yang dipercayai berusia sekitar 20 tahun dan bertatu pada kedua-dua belah kaki.

Tiada sebarang kata-kata dikeluarkan, namun kumpulan itu terus memerhatikan suspek.

Suspek yang menaiki motosikal kemudian mengekori kumpulan remaja tersebut selepas mereka meninggalkan restoran.

Dia tiba-tiba mengeluarkan senjata api dan melepaskan kira-kira tiga hingga empat das tembakan.

Salah satu peluru mengenai dahi Tangmo, menyebabkan dia rebah ke atas jalan dan dibawa ke hospital.

Gadis itu disahkan meninggal dunia, manakala polis sedang memburu suspek selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di restoran tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI