fbpx
Keadaan terkini banglo milik Mohd. Yazid yang terletak di Batu Rakit, Kuala Nerus. – PUQTRA HAIRRY ROSLI

Tengkujuh sudah habis, pemilik ‘mahligai cinta’ kini tidur lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Pemilik bang­lo yang tular selepas ‘mahligai cinta’ yang dibina buat arwah isterinya hampir ranap dihentam ombak besar kini boleh menarik nafas lega apabila musim tengkujuh berakhir bulan lalu.

Mohd . Yazid Idris, 66, berkata, pesisir Pantai Batu Rakit yang terletak di belakang rumahnya di Kampung Tanjung di sini, sudah stabil berikutan perubahan monsun, sekali gus menamatkan ancaman hakisan kronik.

Menurut bapa tiga anak itu, biarpun dia bersama anak-anak­nya beraya di Puchong, Selangor, namun mereka sentiasa memantau keadaan banglo tersebut.

“Alhamdullilah, hati saya kembali tenang kerana ombak ganas sudah reda. Sepanjang ketiadaan saya, jiran-jiran banyak membantu menjaga rumah itu.

“Gambar terbaharu kediaman saya tular di media sosial dipercayai dirakam menggunakan dron sejak beberapa hari lalu. Nampak seperti selamat, tetapi sejujurnya masih banyak kerja-kerja tambakan perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Yazid berkata, ha­kisan teruk yang berlaku sepanjang musim tengkujuh lalu menyebabkan struktur tanah banglo tersebut tidak stabil.

Kerja-kerja menambak di kelilling banglo itu juga sedang giat dilakukan.

“Saya amat berharap pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Batu Rakit seperti dijanjikan kerajaan negeri dapat disegerakan.

“Ini (projek) penting sebagai jaminan agar impak hakisan dapat diminimumkan pada musim tengkujuh akan datang,” katanya.

Pada 11 Januari lalu, Kos­mo! melaporkan seorang pesara dengan dibantu anak pe­rempuan serta menantunya membanting tulang membina benteng guni pasir bagi menyelamatkan banglo mereka yang diancam hakisan pantai kronik.

Ombak besar mencapai ke­tinggian 2.8 meter (m) dan berlaku hampir setiap malam itu menyebabkan tembok batu berhampiran bahagian dapur banglo itu runtuh Februari lalu.

Kediaman itu dibina dengan menggunakan wang persaraan berjumlah RM600,000 pada tahun 2018.

Bagi Mohd. Yazid, kediaman dua tingkat di tepi pantai itu begitu bermakna kerana ia menjadi simbol cinta terhadap arwah iste­rinya, Siti Rashidah Mohd. Yunus.

Arwah Siti Rashidah bagaima­napun meninggal dunia pada 2019 akibat kan­ser usus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN