fbpx

116 individu ditahan Operasi Mega Noda di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menahan seramai 116 individu dalam Operasi Mega Noda/Op Cantas yang dijalankan selama empat hari sejak 19 April lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, operasi secara besar-besaran itu melibatkan serbuan ke atas 60 buah premis di seluruh Pulau Pinang.

Katanya, seramai 479 individu disyaki berpontensi terlibat jenayah, kegiatan maksiat, gengsterisme, penagihan dan pengedaran dadah diperiksa sepanjang operasi tersebut.

”Operasi bersepadu ini turut disertai agensi luar bagi menangani jenayah secara holistik selain mengesan suspek jenayah kekerasan yang masih bebas.

”Daripada 116 tangkapan, seramai 12 individu didapati positif dadah, manakala 17 individu lagi tersenarai sebagai dikehendaki polis,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil operasi tersebut, sebanyak lapan kes jenayah kekerasan yang dilaporkan di Timur Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah berjaya diselesaikan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI